Cari @ Amanz

Sebelum ini, setiap tahun YouTube akan menerbitkan video penghujung tahun dinamakan YouTube Rewind, dimana melaluinya mereka akan melihat kepada sejumlah trend untuk sesuatu tahun, meme serta mengetengahkan pelbagai penerbit kandungan dalam sebuah video ringkas.

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan, ramai yang tidak menyukai YouTube Rewind yang dihasilkan oleh pihak YouTube – selain beberapa penerbit kandungan turut mempunyai video ringkasan tahunan mereka tersendiri. Malah, YouTube Rewind 2018 sedia menjadi video YouTube yang paling tidak disukai ramai di dunia.

Lanjutan daripadanya, kini YouTube mengesahkan mereka tidak lagi akan menghasillkan video YouTube Rewind. YouTube mengatakan mereka akan hadir dengan pengalaman alternatif yang menggantikan Rewind ini.

Dengan pengumuman ini, mungkin kita perlu melihat kepada penerbit kandungan di YouTube untuk hadir dengan kandungan seumpama YouTube Rewind, sekaligus menawarkan ringkasan tahunan dalam arena trend di platform berkenaan, dan juga meme yang mewarnai sesuatu tahun di YouTube.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd