Cari @ Amanz

Motorola kini hadir dengan penawaran baharu untuk siri G. Melaluinya, Moto G Pure telah diperkenalkan dan ia lengkap dengan penawaran spesifikasi asas yang dijana oleh cip MediaTek Helio G25. Selain itu, ia juga tersedia dalam satu pilihan warna yang disediakan iaitu Deep Indigo.

Untuk spesifikasi khusus, Moto G Pure dilengkapi skrin 6.5-inci IPS TFT LCD beresolusi HD+ dengan nisbah aspek 20:9. Ia juga dipadankan dengan memori 3GB RAM, storan dalaman 32GB dan ruang tambahan menerusi microSD sehingga 512GB. Bateri yang disertakan sebesar 4000mAh yang menyokong pengecasan 10W.

Tetapan kamera utama adalah 13MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4), manakala kamera hadapan pula sebesar 5MP (f/2.4). Lain-lain spesifikasi termasuklah – bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.0, port sambungan USB-C dan sebagainya. Moto G Pure dijual pada harga $159.99 (~RM669).

Sumber : Motorola

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd