Carian
Redmi K50 Pro+ Akan Dijana Snapdragon 898 Dan Mempunyai Kamera 108MP
October 8, 2021 Fahim Zahar

Redmi K50 adalah siri peranti terbaru Redmi yang dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan. Peranti ini adalah pengganti kepada siri Redmi K40 yang dilancarkan awal tahun ini. Siri Redmi K40 juga adalah Poco untuk pasaran global.

Terkini, peniris dari China mendedahkan yang Redmi K50 Pro+ iaitu model mercu bagi peranti ini akan dijana dengan Snapdragon 898. Selain itu ia turut akan mempunyai sensor kamera 108MP, skrin melengkung dengan pengimbas cap jari bawah skrin, serta bateri berkapasiti 5000mAh. Sistem pengecasan pantas adalah 67W.

Skrin peranti ini juga akan menyokong kadar segar semula 120Hz, tiada butiran lain lagi mengenai peranti ini. Tetapi seperti biasa, Redmi akan menjual peranti mereka pada harga lebih mampu milik berbanding pesaing. Jika peranti ini dilancarkan di pasaran global ia mungkin akan menjadi peranti Poco siri F.

Komen