Carian
(Tertiris) MacBook Pro 14 Dan 16 Akan Hadir Dengan Cip M1X, 16GB RAM Dan GPU 32-Teras
October 8, 2021 Fahim Zahar

MacBook Pro generasi baharu dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi, berkemungkinan besar sekitar bulan ini. Perkara yang membuatkan orang ramai nantikan komputer baharu yang menjalankan macOS ini adalah janaan cip ARM baharu M1X.

Melalui ITHome, mereka mendedahkan yang MacBook Pro M1X ini akan mempunyai dua saiz iaitu 14-inci dan 16-inci, memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 512GB SSD. Informasi ini diperoleh daripada pembangun yang menambatkan iPhone pada Mac mereka.

M1X dikhabarkan akan mempunyai CPU dengan 10 teras pada MacBook Pro 14″ dan dipadankan dengan GPU 16-teras 20W. Manakala pada MacBook Pro 16″ CPU adalah sama 10-teras, tetapi GPU adalah 32-teras dengan kuasa 40W.

Peniris turut mendakwa akan ada pilihan memori sehingga 32GB serta storan dalaman mencapai 2TB. Selain itu, MacBook serba baharu ini juga akan menggunakan rekaan lebih moden mengikut iPad dan iPhone serta akan menawarkan port-port sambungan baharu.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.

Komen