Cari @ Amanz

Suruhanjaya Sekuriti kini dilihat telah menambah KuCoin dibawah Senarai Peringatan Pelabur, disebabkan oleh mengoperasi perkhidmatan DAX tanpa pendaftaran di Malaysia.

Untuk makluman, penyedia perkhidmatan DAX perlu mempunyai kebenaran sebelum menawarkan operasi di Malaysia. Salah satu penyedia yang sedia popular di Malaysia adalah Luno.

Akhir-akhir ini, dengan populariti kriptowang yang semakin meningkat, pihak SC telah mula memberikan lebih perhatian dalam terus melindungi pengguna daripada penyedia perkhidmatan tidak sah di Malaysia. Sebelum ini, SC turut telah meminta Binance menamatkan penawaran di Malaysia kerana tidak berdaftar di sini.

Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak pelbagai penyedia perkhidmatan sama ada dibenarkan di Malaysia atau sebaliknya, dan berhati-hati ketika melakukan sebarang pelaburan supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd