Cari @ Amanz

Bermula daripada iPhone 13, pihak Apple tidak lagi menyertakan balutan plastik pada kotak iPhone, sekaligus mengatakan ia akan mengurangkan sisa plastik, dan menjadikan produk mereka lebih mesra alam.

Sebagai ganti untuknya, kini ia menggunakan teknik adangan yang menggunakan kadbod untuk memastikan kotak tidak dibuka. Pembeli seterusnya perlu menarik bahagian khusus untuk membolehkan kotak berkenaan dibuka.

Apple menggunakan kaedah ini pada bahagian atas dan bawah kotak – dan pengguna perlu membuka kedua-dua bahagian sebelum dapat membuka kotak dan mengakses iPhone.

Dengan perubahan baharu ini, kita mungkin melihat sejumlah pengeluar lain turut hadir dengan rekaan kotak yang mesra alam dan yang unik.

Bagi anda, adakah anda menyukai rekaan baharu kotak iPhone ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd