Canon Memperkenalkan Lensa Stereoskopik Dengan Kebolehan Merakam Kandungan Video Realiti Maya 180 Darjah Pada Resolusi 8K

Diterbitkan pada Okt 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Anda mungkin mengenali Canon sebagai jenama pengimejan yang membangunkan perkakasan-perkakasan elektronik seperti kamera, mesin pencetak dan juga projektor. Jenama elektronik terkemuka dari Jepun tersebut kini dilihat akan memasuki arena realiti maya pula dengan pengenalan produk terbaru mereka, iaitu sebuah lensa stereoskopik yang memperlihatkan penggunaannya dalam industri realiti maya.

Lensa stereoskopik ini yang dinamakan Canon RF5.2 mm F2.8 L Dual Fisheye Lens dibina untuk digunakan bersama-sama dengan kamera Canon EOS R5 untuk membolehkan kamera tersebut merakam kandungan untuk media realiti maya menggunakan sistem kamera sedia-ada mereka.

Dengan lensa ini, kamera-kamera Canon boleh merakam video 180 darjah secara stereoskopik dalam resolusi 8K, yang mana rakaman video ini boleh dilihat melalui peranti realiti maya seperti Oculus Quest 2 dan sebagainya yang membenarkan kandungan video seperti ini ditonton.

Buat masa ini, kandungan realiti maya dilihat digunakan dengan sepenuhnya melalui permainan video yang menyokong fungsi realiti maya, tetapi kandungan video realiti maya masih lagi sedang dibangunkan, dan pada firasat kami, Canon menjangkakan bahawa dengan lebih banyak peranti realiti maya ini dijual, kandungan video dalam format 180 darjah tersebut juga akan meningkat bersama-sama dengannya.

Canon juga dilihat memperkenalkan ekosistem EOS VR System yang menggabungkan kepakaran peranti dan komponen sistem kamera mereka dengan industri realiti maya. Video yang dirakam menggunakan Dual Fisheye Lens ini boleh diolah oleh perisian Canon untuk menjadikannya mudah ditonton oleh peranti-peranti realiti maya,

Canon mengatakan bahawa lensa ini akan ditawarkan di sejumlah pasaran-pasaran terpilih bermula bulan Disember ini pada harga $1999.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami