Cari @ Amanz

Beberapa bulan yang lalu, ASUS telah melancarkan kemaskini kepada siri peranti gaming premium mereka, ASUS ROG Phone 5s yang terdiri daripada model ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro yang dikuasakan oleh CPU Qualcomm Snapdragon 888 Plus yang menawarkan sejumlah penambahbaikan berbanding dengan model Snapdragon 888 yang digunakan sebelumnya.

Terkini, ASUS Malaysia telah mengumumkan bahawa peranti ASUS ROG 5s dan ROG 5s Pro akan ditawarkan di pasaran tempatan bermula hari ini, yang mana ASUS Malaysia hadir dengan penawaran tiga spesifikasi berasaskan dua model baru ini.

Bermula dengan ROG Phone 5s, peranti ini dilengkapi dengan paparan bersaiz 6.78 inci seperti ROG Phone 5, menggunakan panel Samsung AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz yang juga menyokong teknologi HDR 10+ untuk pengalaman gaming dan tontonan video yang terbaik.

Dari segi spesifikasi dalaman, kedua-dua model ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 888 Plus dengan pilihan memori 8 dan 16GB untuk model ROG Phone 5s dan 18GB untuk model ROG Phone 5s Pro. Dari segi storan, dua model ROG Phone 5s hadir dengan pilihan storan 128GB dan 256GB, manakala model ROG Phone 5s Pro dilengkapi dengan storan 512GB.

Satu perbezaan yang dapat dilihat diantara ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro ialah model Pro hadir dengan panel OLED berwarna di bahagian belakang peranti ini yang boleh diubahsuai coraknya dengan corak-corak berbeza daripada aplikasi Armory Crate.

Menurut ASUS Malaysia, ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro ini sudah mula ditawarkan di kedai atas talian ASUS Malaysia di Lazada pada harga-harga berikut bermula 9 Oktober jam 12 pagi ini:

Dalam pada itu juga, ASUS Malaysia turut menawarkan aksesori Lightning Armor Case pada harga RM199 dan screen protector untuk peranti ini pada harga RM79.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd