Cari @ Amanz

Apple kini turut telah mengemaskini halaman web rasmi mereka, sekaligus menyenaraikan penawaran Apple Watch Series 7 untuk pasaran Malaysia.

Apple Watch Series 7 telah diperkenalkan pada pertengahan September 2021 yang lepas, dimana ia hadir dengan rekaan yang lebih nipis, dan pada masa yang sama skrin bersaiz sedikit besar.

Apple Watch Series 7 turut menawarkan muka jam baharu, sokongan papan kekunci pada skrin, menyertakan sokongan ECG dan aplikasi oksigen dalam darah, dan juga ketahanan bateri sepanjang hari.

Apple Watch Series 7

Apple turut menggunakan pengecas magnetik berasaskan USB-C, sekaligus menawarkan sokongan pengecasan pantas melaluinya.

Melalui penyenaraian Apple, Apple Watch Series 7 ditawarkan pada harga bermula RM1749 untuk versi 41mm, dan RM1899 untuk versi 45mm. Ia turut hadir dengan pilihan selular, yang membawa kepada masing-masing berharga RM2199 dan juga RM2349.

Buat masa ini, tarikh penawarannya di Malaysia masih belum diumumkan lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd