Realme Akan Memperkenalkan Pesaing Mi TV Stick Pada 13 Oktober

Diterbitkan pada Okt 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme sedia mengacah bakal hadir dengan penawaran aksesori khas untuk televisyen dalam mengubahnya menjadi TV pintar. Kini, Realme mengesahkan ia bakal dilancarkan pada 13 Oktober 2021 kelak, di India.

Produk ini dinamakan sebagai Realme 4K Smart Google TV Stick – sekaligus memperlihatkan ia akan menyokong paparan resolusi 4K, selain dilengkapi sokongan Google TV.

Melaluinya, ia akan membolehkan pengguna menstrim kandungan terus ke kaca televisyen dengan mudah, selain turut menikmati ciri Chromecast dan Google Assistant.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 13 Oktober ini untuk melihat pelancaran produk baharu ini di India, sebelum turut menantikan pengenalannya untuk pasaran tempatan selepas itu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami