MySejahtera Kini Menyokong Ciri Mengeksport Sijil Vaksinasi Dalam Bentuk PDF Untuk Dicetak

Diterbitkan pada Okt 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Aplikasi MySejahtera telah dikemaskini hari ini bagi membolehkan sijil bukti vaksinasi digital dieksport ke dalam format PDF yang kemudian membolehkannya dicetak sebagai bukti fizikal semasa melakukan perjalanan ke luar negara.

Untuk mencetak sijil ini, pengguna perlu pergi ke bahagian profil, tatal ke bawah untuk melihat skrin bukti vaksinasi digital dan tekan butang muat turun yang diberikan. Proses menghasilkan sijil dalam bentuk PDF akan mengambil masa beberapa saat. Notifikasi akan diberikan apabila siap. Kemudian tekan butang butang muat turun sekali lagi dan sijil vaksinasi PDF boleh disimpan di dalam peranti untuk dicetak pengguna aplikasi.

Buat masa ini ciri ini hanya diberikan kepada aplikasi MySejahtera versi iOS sahaja terlebih dahulu. Tiada maklumat bilakah versi Android akan diberikan tetapi biasanya selang beberapa hari.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami