Cari @ Amanz

Semalam Rockstar Games mengesahkan Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition akan dilancarkan tahun ini pada konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X, Xbox Series S, Nintendo Switch dan PC pada penghujung tahun ini. Ia kemudiannya akan ditawarkan juga pada peranti iOS dan Android pada separuh tahun pertama 2022.

Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition terdiri daripada permainan klasik Grand Theft Auto III, Grand Theft Auto: Vice City, dan Grand Theft Auto: San Andreas dengan penambahbaikan pada grafik supaya lebih serasi dengan keperluan semasa. Namun begitu perubahan pada grafik bukanlah drastik menggunakan enjin grafik baharu. Berkas Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition ditawarkan sempena ulang tahun ke-20 Grand Theft Auto III.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd