Chrome Versi Android Kini Menyokong Ciri Follow Untuk Mengikuti Suapan RSS Laman Web

Diterbitkan pada Okt 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Chrome vesi Android telah dikemaskini dengan ciri baharu dipanggil Follow. Dengan Follow pengguna boleh mengikuti suapan RSS (Rss Feed) laman yang digemari. Setiap kali laman dikemaskini, berita terbaru dari laman tersebut akan diletakkan di tab Following pada laman New Tab Chrome.

Pada waktu ini ciri ini diaktifkan kepada pengguna Chome 94 dan ke atas secara automatik. Sekiranya tidak, anda boleh mengaktifkannya dengan pergi ke chrome://flags dan kemudian melakukan carian “web feed”. Aktifkannya di situ dan ciri Follow akan dapat digunakan. Walaupun pada waktu ini ciri ini hanya diberikan kepada Android tetapi ia akan turut diberikan kepada Chrome iOS di masa hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami