Cari @ Amanz

Menteri Komunikasi Dan Multimedia hari ini telah melakukan lawatan ke Pusat Operasi Rangkaian TM, sekaligus mengatakan yang mana kita memiliki tenaga kerja, keupayaan dan infrastruktur bagi memastikan tahap sambungan 100% di seluruh negara.

Berkongsi mengenainya, TM mengatakan Pusat Operasi Rangkaian tercanggih milik Telekom Malaysia yang berfungsi sebagai nadi infrastruktur digital dan komunikasi negara yang mengendalikan lebih daripada 600,000 km kabel komunikasi dan lebih daripada 26,700TB data setiap hari.

Pada masa yang sama, pusat ini turut memantau keadaan dan operasi bagi 30 buah sistem kabel dasar laut yang membawa 1990TB data internet ke dalam dan luar negara.

TM turut mengatakan yang mana mereka menyokong aspirasi digital negara, termasuk ke arah memacu negara menuju Digital Malaysia sepenuhnya menjelang tahun 2023.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd