Cari @ Amanz

Apple Malaysia kini dilihat telah mula menyenaraikan Apple Watch Series 7, sekaligus memberikan petanda ia akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Selari dengan penyenaraian berkenaan, Apple juga dilihat telah membuang Apple Watch Series 6 daripada laman rasmi, sekaligus berhenti menawarkan jam tangan pintar berkenaan untuk pengguna tempatan.

Sebagai alternatif, pihak Apple menawarkan Apple Watch SE dan juga Apple Watch 3 bagi mereka yang masih inginkan jam tangan pintar Apple pada harga kompetitif.

Dengan perubahan baharu ini, Apple menawarkan tiga model Apple Watch, iaitu Apple Watch Series 7 pada harga bermula RM1749, Apple Watch SE pada harga bermula RM1199, dan juga Apple Watch 3 pada harga bermula RM849.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd