Redmi Note 11 Pro Dikatakan Bakal Hadir Dengan Pengecas 120W

Diterbitkan pada Okt 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Redmi Note adalah antara siri telefon dibawah Xiaomi yang popular dan mempunyai peminatnya tersendiri. Hal ini kerana penawaran spesifikasi pertengahan dengan penawaran harga yang sangat berbaloi.

Terbaru, desas-desus berkaitan Redmi Note 11 telah mula kendengaran. Mengikut informasi awal, Redmi Note 11 Pro dijangka hadir dengan sokongan pengecasan pantas 120W.

Sekiranya benar, maka kita akan melihat penawaran ciri premium daripada siri Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi Mix 4 akan hadir ke siri peranti Redmi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah siri Redmi Note 11 ini aka diperkenalkan. Dengan pelbagai cabaran dari segi industri pengeluaran dan semikonduktor, ia mungkin mengalami sedikit kelewatan sebelum kita melihat siri Redmi Note 11 ini secara rasminya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami