PC Building Simulator Percuma Di Epic Game Store Minggu Ini

Diterbitkan pada Okt 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Antara kenikmatan hidup semasa masih di kolej dahulu ialah menawarkan perkhidmatan memasang PC untuk rakan-rakan. Dengan wang saku tambahan ini, kehidupan di kolej dahulu sedikit selesa. Tetapi sejak mula bekerja, sudah lama saya tidak memasang PC sendiri malahan sudah berpindah sepenuhnya ke macOS. Jadi bagi mereka yang ingin memasang PC tanpa berbelanja ratusan ringgit, PC Building Simulator kini percuma di Epic Game Store.

Permainan video ini membolehkan pemain memasang PC idaman secara maya serta menjalankan perniagaan membaiki PC. Terdapat pelbagai komponen dari dunia sebenar boleh digunakan di dalam PC Building Simulator. Malahan PC idaman yang dibina secara maya boleh diuji untuk menjalan program 3DMark untuk melihat kuasa memprosesnya dan kemudian boleh diubahsuai untuk meningkatkan skor. Bagi yang berminat untuk mendapatkan permainan ini secara percuma, ia perlu ditebus sebelum 14 Oktober 2021.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami