Cari @ Amanz

Microsoft kini telah mula menawarkan Microsoft Office 2021 untuk para pengguna, membolehkan pengguna mendapatkan perisian pejabat terbaru Microsoft, dan menikmati sejumlah ciri baharu yang disertakan.

Untuk makluman, Office 2021 ini adalah berbeza dengan Office 365 yang berbentuk langganan. Untuk Office 2021 hanya memerlukan pengguna membeli perisian hanya sekali dan menggunakannya selamanya.

Office 2021 menawarkan sejumlah ciri-ciri yang sedia terdapat pada Office 365, termasuk kemaskini antaramuka, sokongan formula moden pada Excel, kemudahan merakam pembentangan di PowerPoint, dan sejumlah ciri yag lain.

Di Malaysia, Office Home & Student 2021 berharga RM529 yang menawarkan Word, Excel, PowerPoint, OneNote dan Microsoft Teams.

Sementara Office Home & Business 2021 pula berharga RM1399 yang turut hadir dengan akses kepada Outlook.

Office 2021 menyokong Windows 11, Windows 10, dan juga tiga versi terkini MacOS. Untuk makluman, Windows 11 tidak menyokong Office 2013, sekaligus memerlukan anda mendapatkan Microsoft 365 atau Office 2021.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd