Bagaimana Mengetahui Kadar Vaksin Di Sesuatu Sekolah Di Malaysia?

Diterbitkan pada Okt 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi para ibu bapa, semestinya ramai yang risau berkenaan keselamatan anak-anak, dan ingin mengetahui kadar vaksin sekolah anak-anak mereka sebelum memilih untuk menghantar anak kembali ke sekolah.

Selari dengannya, kini kerajaan melalui portal CovidNow turut menyediakan halaman khas bagi memudahkan semakan kadar vaksinasi di sesuatu sekolah dilakukan.

Anda hanya perlu ke laman CovidNow School, dan seterusnya memilih negeri serta menaip nama sekolah.

Seterusnya, laman berkenaan akan memaparkan data semasa berkaitan kadar vaksinasi pelajar dan juga pekerja lain di sekolah berkenaan.

Buat masa ini, ia memaparkan kadar vaksin melibatkan pelajar yang lahir pada tahun 2009 dan sebelumnya.

Selain itu, anda juga turut boleh melakukan semakan kadar vaksin mengikut tahun kelahiran pelajar pada laman yang sama.

Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman CovidNow School hari ini.

Layari : CovidNow School

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami