Carian
Google Search Boleh Digunakan Untuk Menala Gitar
October 11, 2021 Effi Saharudin

Untuk memainkan gitar, tali perlu ditala terlebih dahulu bagi mengelakkan bunyi sumbang. Secara lazimnya telinga sendiri digunakan tetapi bagi yang baru belajar ini ialah proses yang masih sukar dilakukan. Google telah memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan laman carian digunakan untuk menala gitar.

Hanya letakkan carian “Google Tuner” pada Google Search dan alat menala gitar akan dipaparkan pada skrin. Selepas akses kepada mikrofon dibenarkan, pengguna hanya perlu mengikut maklumat not bunyi yang ditunjukkan di skrin untuk menala setiap tali gitar yang ingin dimainkan. Kerana ia berasaskan web, penala tali gitar ini boleh digunakan pada pelbagai peranti tanpa perlu memuat turun aplikasi seperti kebiasaannya.

Dalam tab yang sama pengguna turut boleh mengakses dadu, roda pusingan nombor, metronom, melontar duit syiling, mesin kira-kira, pemilih warna, dan melakukan meditasi.

Sumber AndroidPolice

Komen