TSMC Dan Sony Bekerjasama Untuk Membuka Kilang Pembuatan Cip Dengan Bantuan Kerajaan Jepun

Diterbitkan pada Okt 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Syarikat pembuat cip semikonduktor nombor satu di dunia, Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) baru-baru ini dilaporkan sedang memperlihatkan kemungkinan bekerjasama dengan syarikat elektronik terkemuka dari Jepun, iaitu Sony untuk membuka sebuah kilang pembuatan cip semikonduktor di negara tersebut.

Ia dilaporkan bahawa kerjasama ini akan membolehkan kedua-dua syarikat ini untuk membuka sebuah kilang pembuat cip semikonduktor di Kumamoto untuk tujuan pembuatan cip untuk industri automotif, pengimbas imej untuk kamera dan sebagainya yang sedikit sebanyak dilihat menghadapi masalah bekalan komponen sekarang.

Walaupun begitu, ia dijangka bahawa kilang ini, sekiranya ia siap dibina hanya akan memulakan operasi pada tahun 2024 kelak kerana buat masa ini, perkara ini dikatakan masih dalam fasa perbincangan. Apa yang menariknya lagi, kerajaan Jepun dilihat akan membantu kedua-dua syarikat ini dari segi kewangan, dimana kilang ini dijangka akan menelan belanja $7 bilion apabila ia siap kelak.

Jika benar, ini boleh dilihat sebagai salah satu langkah syarikat tersebut untuk memperluaskan kilang pembuatan mereka ke negara-negara selain daripada Taiwan, kerana syarikat tersebut risau akan pergolakan politik semasa khususnya di China, yang juga memperlihatkan keperluan untuk cip semikonduktor yang semakin meningkat.

Sumber: Reuters

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami