Realme Brick Bluetooth Speaker Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Okt 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Untuk makluman, Realme telah menjadualkan sebuah acara pelancaran untuk sejumlah produk baharu pada 13 Oktober ini. Ia bakal berlangsung di India dan Realme Brick Bluetooth Speaker adalah salah satu produk yang bakal diumumkan. Ia merupakan sebuah pembesar suara bluetooth yang mempunyai saiz agak besar berbanding beberapa pendahulunya, Realme Pocket dan Realme Cobble Bluetooth Speaker.

Tubuhnya dipercayai menggunakan bahan berasaskan alumimium, di samping lengkap dengan kemasan bewarna hitam. Turut kelihatan, terdapatnya empat butang fizikal berbentuk bulat pada bahagian atas untuk yang berfungsi sebagai butang kuasa dan laras audio. Kemudian, ia turut mempunyai empat LED Flash bersebelahan dengan butang kuasa berkenaan yang mungkin bertujuan bagi memudahkan pengguna ketahui baki bateri pada pembesar suara.

Seterusnya, Realme Brick Bluetooth Speaker juga akan dilengkapi dengan dua pembesar suara dan menyokong sistem audio stereo. Ia juga akan dibekalkan bateri sebesar 5,200mAh yang mampu memainkan muzik sehingga 14 jam secara berterusan. Port sambungan pula adalah USB-C yang bermakna pengguna boleh mengecas pembesar suara ini menggunakan mana-mana kabel yang menyokong sambungan berkenaan.

Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak.

Sumber : Realme India

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami