WhatsApp “Community” Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Okt 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp pada hari ini sedia mempunyai ciri WhatsApp Groups. yang mana memudahkan pengguna berinteraksi secara berkumpulan dengan mudah. Namun, untuk hari ini, WhatsApp Groups masih tidak menawarkan ciri pengurusan yang begitu baik.

Untuk mengatasinya, WhatsApp dilihat sedang membangunkan ciri baharu dinamakan Community.

Menurut WABetaInfo, ciri Community ini kelak akan menawarkan kebolehan untuk pengguna menguruskan WhatsApp Groups dengan lebih baik. Ini sekaligus akan membolehkan WhatsApp Groups digunakan untuk pelbagai tujuan serta penggunaan yang lebih meluas lagi, termasuk memudahkan pengurusan sesuatu kumpulan itu oleh pentadbir.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan apakah ciri yang bakal dibawakan oleh Community pada WhatsApp ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami