Epic Games Sedang Pertimbang Penghasilan Filem Berasaskan Fortnite

Diterbitkan pada Okt 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Epic Games kini dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan bahagian hiburan khas yang memfokuskan kepada penghasilan video – sekaligus mempelbagaikan penawaran mereka, termasuk menghasilkan filem.

Antara projek yang diperkatakan mungkin dibangunkan adalah termasuk filem berasaskan kepada permainan popular Fortnite.

Epic Games dilaporkan telah mengambil beberapa eksekutif baru dalam menerajui projek khas di Epic.

Buat masa ini, ia hanya diperkatakan sebagai pertimbangan awal. Sekiranya benar, maka ia akan mempelbagaikan lagi pendapatan pihak Epic Games – yang mana akhir-akhir ini “berperang” dengan Apple berkenaan dengan cukai App Store.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami