Apple Memberikan iOS 15.0.2 dan watchOS 8.0.1 Bagi Menampal Pelbagai Pepijat

Diterbitkan pada Okt 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iOS 15 dan watchOS 8 adalah versi terkini sistem operasi iPhone dan Apple Watch. Walaupun ia versi terkini, pengguna melaporkan beberapa isu dalam bentuk pepijat yang menyebabkan penggunaan peranti sedikit terganggu. Pagi ini kemas kini iOS 15.0.2 dan watchOS 8.0.1 telah diberikan Apple untuk menampal lagi beberapa pepijat selang seminggu selepas iOS 15.0.1 diberikan.

Tampalan yang diberikan pada iOS ialah menyelesaikan isu imej yang disimpan dari Messages hilang dari peranti, AirTag tidak ditemui dalam Find My, gangguan pada ciri CarPlay dan peranti tidak boleh dikembalikan semula dari sandaran pada iPhone 13.

Sementara itu tampalan pada watchOS pula ialah isu pada Apple Watch 3 dimana ciri ketercapaian tidak boleh diaktifkan dan paparan talam kemaskini yang tidak betul. Saiz muat turun ialah 531.4 MB untuk iOS 15.0.2 dan 132MB untuk watchOS 8.0.1.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami