Twitter Kini Memudahkan Anda Membuang Seseorang Pengikut Tanpa Perlu “Block”

Diterbitkan pada Okt 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada Twitter, sebelum ini, sekiranya ingin membuang seseorang pengikut daripada mengikut kita, ia perlu dilakukan dengan membuat “Block” dan “Unblock”. Disebabkan ramai yang melakukan perkara berkenaa, kini Twitter memudahkan lagi proses berkenaan.

Melalui kemaskini baharu yang ditawarkan pada web Twitter, sebuah butang khas disediakan untuk memudahkan seseorang atau sesuatu akaun Twitter membuang pengikut yang tidak diingini – tanpa perlu menghalang akaun berkenaan.

Langkah ini membolehkan seseorang pengguna mempunyai lebih kawalan privasi, tanpa perlu menghalang seseorang atau atau sesuatu akaun yang mungkin menimbulkan salah faham pada masa akan datang.

Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua bermula hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami