Redmi Dilaporkan Bakal Menggunakan Rekaan Antaramuka Yang Berbeza Dengan Xiaomi MIUI

Diterbitkan pada Okt 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi pada hari ini menggunakan antaramuka hampir sama pada peranti Xiaomi dan juga Redmi. Namun, dalam usaha meneruskan pengasingan Redmi sebagai sub-jenama berasingan, kini hadir laporan mengatakan Redmi akan menggunakan rekaan antaramuka berbeza.

Mengikut info awal yang dikongsikan, Redmi dikatakan akan menggunakan antaramuka MIUI yang sedikit diubah-suai, termasuk menambah elemen mereka tersendiri. Hal ini sekaligus akan memberikan sedikit perbezaan berbanding peranti Xiaomi di pasaran.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah peranti Redmi pertama yang akan menggunakan perubahan dan antaramuka baharu ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami