7-Eleven Tawar Pulangan Baucar Tunai RM10 Untuk Pembelian Kad PS Store RM100

Diterbitkan pada Okt 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

7-Eleven kini hadir dengan promosi khas bersempena bulan Oktober, dimana bermula hari ini sehingga 31 Oktober 2021 kelak, mereka yang membeli kad hadiah PlayStation Store di 7-Eleven, akan menerima tambahan baucar tunai.

Melalui promosi berkenaa, pembelian kad hadiah PS Store bernilai RM100 akan menerima baucar tunai sebanyak RM10, sementara pembelian kad hadiah PS Store bernilai RM250 pula akan menerima baucar tunai RM25.

Kedua-dua baucar tunai ini akan dicetak secara automatik pada resit pembelian, ketika pengguna membeli kad hadiah PlayStation Store. Baucar tunai ini boleh digunakan untuk pembelian sebarang baragan di 7-Eleven.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami