Instagram Menguji Ciri Notifikasi Dalam Aplikasi Apabila Perkhidmatan Tergendala

Diterbitkan pada Okt 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Minggu lalu perkhidmatan Facebook, WhatsApp dan Instagram tergendala apabila perubahan dilakukan pada konfigurasi penghala. Pada gangguan perkhidmatan pertama, ketiga-tiga platform media sosial tidak beroperasi selama enam jam dan kali keduanya pula ia berlarutan selama dua jam. Dalam kedua-dua insiden, Facebook tidak memberikan sebarang notifikasi kepada pengguna sehingga menimbulkan kekeliruan.

Hari ini Instagram menguji ciri memaparkan notifikasi dalam aplikasi apabila perkhidmatan tergendala. Dalam susur masa notifikasi ini boleh dibaca oleh pengguna dengan maklumat mengapa ia berlaku. Dengan adanya notifikasi ini, kegusaran pengguna kerana Instagram tidak dapat diakses akan dapat dikurangkan.

Pada waktu ini ciri notifikasi hanya diuji pada Instafram sahaja. Jika terbukti berguna, ia mungkin akan dikembangkan ke portfolio lain Facebook. Ada yang ketawa tetapi terdapat banyak laporan pengguna panik apabila Facebook, Instagram dan WhatsApp tergendala memandangkan ia adalah satu-satunya aplikasi komunikasi yang digunakan. Ini juga menyebabkan Telegram mencatatkan peningkatan 70 juta pengguna semasa Facebook tergendala kerana ia aplikasi alternatif lain yang popular.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami