Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, OnePlus telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk pada 13 Oktober. Selain daripada OnePlus 9RT, jenama ini juga bakal mengumumkan aksesori audio baharu dikenali sebagai OnePlus Buds Z2. Sejumlah spesifikasi utama kini bukan lagi rahsia apabila telah mula tersenarai di kedai dalam talian di China, JD.Com.

Dapat dilihat, ia mempunyai dua pilihan warna berbeza seperti hitam dan putih. Seterusnya, ia juga dilengkapi sepasang pemandu audio sebesar 11mm. Di samping, sistem pembatalan hingar aktif (ANC) yang mampu mengurangkan bunyi sehingga 40dB. Tiga mikrofon digunakan bagi memastikan hingar ditapis dengan efektif untuk mendapatkan pengalaman penggunaan lebih baik.

Dalam pada itu, fon telinga juga mempunyai sokongan bateri yang membolehkan muzik didengari mencapai 38 jam lamanya. Fungsi lain yang turut disertakan adalah mod permainan latensi 94ms, mod transparency dan tambatan menerusi bluetooth 5.2. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak.

Sumber : Weibo

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd