Cari @ Amanz

Dalam diam-diam, kini terdapat sebuah lagi model di bawah siri Vivo Y yang telah diperkenalkan di India. Peranti berkenaan adalah Vivo Y20T. Ia dilihat menampilkan rekaan dan spesifikasi yang sama seperti Vivo Y20. Perbezaan utama hanyalah terletak pada sokongan cip pemprosesan. Di mana, Vivo Y20T dijana oleh cip Snapdragon 662.

Seterusnya, ia masih dilengkapi skrin 6.51-inci LCD beresolusi HD+ (1600 × 720 piksel). Memori adalah 6GB RAM (tambahan RAM maya 1GB) dan storan dalaman 64GB. Ia juga dilengkapi tri-kamera belakang dengan gabungan 13-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (makro) + 2-megapixel (bokeh). Manakala, kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel.

Melengkapinya juga adalah bateri sebesar 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W. Di India, peranti ini dijual pada INR15,490 (RM854) dengan dua pilihan warna Obsidian Black dan Purist Purple.

Sumber : Vivo India, GSMArena

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd