Sony Menjadualkan Pelancaran Xperia Baru Pada Bulan Ini

Diterbitkan pada Okt 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony kini dilihat menjadualkan acara khas pada 26 Oktober 2021 kelak, dimana mereka ingin memperkenalkan sebuah peranti baharu dibawah siri Sony Xperia.

Buat masa ini, ia masih menjadi misteri berkenaan peranti apakah yang bakal diperkenalkan oleh Sony. Pada tahun ini, Sony sedia memperkenalkan Xperia 1 III, Xperia 10 III dan juga Xperia 5 III yag masing-masing telah mula ditawarkan di Malaysia.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan penghujung Oktober ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang disediakan oleh pihak Sony melalui siri Xperia mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami