Carian
Canva Kini Menawarkan Kemudahan Penyuntingan Video
October 12, 2021 Aman

Canva sedia dikenali ramai dalam usaha memudahkan proses penyuntingan grafik secara mudah dan percuma – serta terus dilakukan pada pelayar web. Terbaru, selain grafik biasa, Canva turut hadir dengan penawaran memfokuskan video.

Canva Video menyediakan sejumlah template untuk digunakan dalam penyuntingan video, seterusnya memudahkan pengguna menghasilkan dan menerbitkan video terus melalui platform berkenaan.

Antara template yang sedia ditawarkan di Canva hari ini adalah termasuk memfokuskan YouTube, TikTok, Stories, kolaj video, dan sebagainya. Malah, Canva turut mengatakan ia boleh digunakan oleh para pendidik dalam menghasilkan bahan bantu mengajar berbentuk video secara mudah melalui Canva.

Menariknya juga, Canva Video ditawarkan untuk pengguna percuma dan bukan terhad untuk penggua berbayar sahaja.

Bagi anda berminat, boleh mengakses dan menghasilkan video anda sendiri menggunakan Canva Video.

Komen