Cari @ Amanz

Apple akan mengurangkan sasaran pengeluaran untuk iPhone 13, disebabkan oleh masalah kekurangan cip yang dihadapi dunia.

Pada awalnya, Apple menyasarkan pengeluaran sebanyak 90 juta iPhone 13 menjelang penghujung tahun 2021 ini, tetapi kini mengurangkan sasaran berkenaan sekitar 11%.

Menurut laporan Bloomberg, Apple dilihat menghadapi masalah bekalan daripada pihak Broadcom dan juga Texas Instruments. Untuk makluman, Tim Cook sedia memaklumkan yang mana mereka mungkin menghadapi masalah bekalan cip, dan kini nampaknya kesan berkenaan hadir ke pihak Apple.

Selain Apple, pelbagai syarikat pengeluaran peranti terkesan dengan masalah kekurangan bekalan cip global – salah satunya adalah disebabkan oleh penutupan dan perintah kawalan pergerakan kerana Covid-19.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd