Cari @ Amanz

Samsung kini dilaporkan akan meningkatkan penggunaan cip Exynos mereka pada peranti Galaxy keluaran mereka bermula 2022 kelak.

Pada hari ini, penggunaan cip Exynos dilaporkan meliputi sekitar 20% peranti yang dikeluarkan oleh Samsung. Apa pun, untuk tahun hadapan, Samsung menyasarkan untuk meningkatkan penggunaan cip Exynos kepada sekitar 50% ke 60%.

Samsung sendiri telah mula memberikan lebih perhatian pada cip Exynos, dan telah mengatasi masalah berkaitan penghasilan haba, dan juga 5G melalui cip generasi akan datang.

Malah, Samsung turut bekerjasama dengan pihak AMD dalam menawarkan sokongan grafik terbaik pada cip Exynos.

Samsung dijangka akan menggunakan cip Exynos dengan grafik AMD ini pada siri Galaxy S22 akan datang pada awal 2022 kelak, selain turut meningkatkan penggunaan cip Exynos pada peranti berspesifikasi pertengahan dan rendah mereka.

Langkah ini sekaligus akan meningkatkan pegangan pasaran untuk cip Exynos, dan pada masa yang sama memberikan lebih tekanan kepada pihak Qualcomm.


Selain Samsung, beberapa pengeluar dari China turut menggunakan cip Exynos.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd