Cari @ Amanz

Nokia G300 kini diumumkan secara rasmi dan ia merupakan sebuah peranti 5G mampu milik keluaran jenama berkenaan. Peranti ini dijana oleh cip Snapdragon 480 dan dijual pada harga $199 iaitu sekitar RM830.

Spesifikasi khusus peranti adalah skrin 6.5-inci IPS LCD beresolusi HD+ dengan nisbah aspek 20:9. Ia juga dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Bateri pula adalah sebesar 4,470mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Seterusnya, ia juga mempunyai tri-kamera di belakang dengan tetapan 16MP (utama) + 5MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman). Kamera ini juga menyokong EIS dan kemampuan rakaman video mencapai 1080p/60fps. Kemudian, kamera swafoto pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi adalah bicu audio 3.5mm, port sambungan USB-C, menjalankan Android 11 dan sebagainya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd