Squid Game Ialah Kandungan Paling Banyak Ditonton Dalam Sejarah Netflix

Diterbitkan pada Okt 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri paling tular di peringkat global pada waktu ini ialah Squid Game di Netflix. Sejak mula ditayangkan sekitar sebulan yang lalu, ia mula menjadi bualan ramai kerana kandungan yang mengkritik ketamakan golongan kaya, eksploitasi golongan miskin dan isu layanan terhadap migran. Hari ini Squid Game disahkan sebagai kandungan yang paling banyak ditonton dalam sejarah Netflix.

Menurut Netflix, Squid Game ditonton lebih 111 juta akaun pengguna platform mereka. Ia memintas rekod Bridgerton yang ditonton lebih 82 juta akaun selepas dilancarkan. Kejayaan Squid Game ialah sesuatu yang tidak dijangka kerana selama ini kandungan berbahasa Inggeris mendominasi Netflix.

Siri ini berjaya mencapai kedudukan pertama di lebih 90 negara termasuk dunia. Ia melakar sejarah sebagai kandungan Korea Selatan pertama menduduki tangga pertama di Netflix Amerika Syarikat sehingga permintaan untuk mempelajari bahasa Korea turut meningkat di negara tersebut.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami