Galaxy Unpacked Part 2 Akan Diadakan Pada 20 Oktober – Akhirnya S21 FE?

Diterbitkan pada Okt 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Minggu hadapan akan menjadi minggu yang membunuh bagi pengamal media teknologi dunia. Samsung baru sahaja mengesahkan acara Galaxy Unpacked Part 2 akan diadakan pada 20 Oktober jam 10 malam waktu Malaysia. Di acara ini Samsung Galaxy S21 FE mungkin akan akhirnya dilancarkan selepas muncul ura-ura ia telah dibatalkan.

Pelancaran peranti siri Galaxy FE amat dinantikan kerana ia menawarkan ciri-ciri mercu peranti Galaxy S tetapi pada harga yang lebih mampu milik tanpa ciri-ciri gimik yang tidak diperlukan oleh pengguna. Terdapat pelbagai spekulasi tahun ini seperti siri Galaxy FE akan hanya ditawarkan pada pasaran tertentu sahaja oleh Samsung memandangkan dunia masih mempunyai masalah kekurangan cip yang serius.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami