Oppo sedia hadir dengan penawaran Oppo K9 dan Oppo K9 Pro. Terkini, mereka dilihat dalam persediaan untuk pengenalan Oppo K9s pula. Peranti ini juga dilihat telah tersenarai di kedai atas talian di China, JD.Com. Selain, turut mendedahkan rekaan dan sejumlah spesifikasi utama padanya.

Oppo K9s menampilkan kemasan yang mirip seperti model pro dengan bonggol kemara besar di belakang bersama penjenamaan penjenamaan “09-K Pro”. Bezanya, peranti ini menampilkan sistem tri-kamera yang disusun dalam bentuk L yang diterbalikkan. Seterusnya, penggunaan sensor 64MP juga masih menjadi pilihan Oppo pada peranti ini. Panel hadapan pula adalah sejenis berlubang dengan sokongan kamera swafoto tunggal.

Peranti ini juga akan dilengkapi skrin dengan kadar segar semula 120Hz, cip Snapdragon 778G dan sokongan motor linear paksi-X dengan ciri getaran 4D. Memori pula adalah sehingga 8GB dan storan dalaman 128GB. Tidak ketinggalan, ia juga akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik.
Setakat ini, maklumat mengenai tarikh pelancaran khusus masih menjadi misteri setakat ini.