Cari @ Amanz

Terdapat banyak pilihan peranti pintar mampu milik yang ada di pasaran sekarang sehinggakan kita buntu untuk memilih mana satu yang terbaik untuk kegunaan harian kita. Mahukan sesuatu yang lain dari lain? Infinix adalah antara jenama baharu yang menguasai pasaran peranti kelas pertengahan di Malaysia. Jadi, jika anda sedang mencari kombinasi telefon pintar dan laptop yang baik dengan bajet bawah RM4000, Infinix Zero x Neo dan Infinix INBook X1Pro adalah antara model peranti pintar yang perlu anda letakkan dalam senarai pembelian anda.

Infinix Zero X Neo : Telefon Pintar Yang Memfokuskan Kamera

Infinix Zero X Neo ini adalah antara telefon pintar yang baru sahaja dilancarkan dibawah siri Infinix Zero X. Secara ringkasnya, siri ini merupakan siri pertama daripada Infinix yang memfokuskan kepada kehebatan kameranya. Telefon pintar ini hadir dengan tri-kamera belakang yang menggabungkan sensor 48MP(Utama) + 8MP(Periskop Telefoto) + 2MP(Sudut Kedalaman). Manakala kamera hadapannya pula adalah sebesar 16MP.

Menariknya, telefon pintar ini turut menyokong untuk menghasilkan zum periskop sehingga 60 kali dan zum optikal sehingga 5 kali. Menurut Infinix, pelbagai jenis rakaman menarik yang anda boleh hasilkan. Antaranya adalah :

  • Mod Super Moon – Mampu merakam gambar bulan dengan lebih dekat yang turut dibantu oleh sokongan zum periskop sehingga 60 kali. Infinix Zero X Neo ini juga merupakan peranti kelas pertengahan terawal di Malaysia yang hadir dengan sokongan zum periskop. (Sumber gambar Mod Super Moon daripada Infinix)
  • 48MP Super Night Camera – Rakaman malam yang menyerlah walaupun berada di persekitaran yang tidak cukup pencahayaan
  • AI Night Selfie – Rakaman swafoto pada waktu malam yang jelas dengan bantuan teknologi AI
  • Rakaman Video Gerak Perlahan – Mampu menghasilkan video gerak perlahan sehingga 960fps
  • Time Lapse – Rakaman video selang masa (time-lapse) beresolusi sehingga 4K

Telefon pintar ini juga hadir dengan kapasiti bateri yang besar, iaitu 5000mAh. Menurut Infinix, ia ini mampu bertahan sehingga 14 jam untuk bermain permua secara berterusan, 23 jam untuk permainan video, 44 jam untuk panggilan, 182 jam untuk permainan muzik tanpa henti dan berada dalam mod sedia sehingga 39 hari. Telefon pintar ini juga menyokong untuk pengecasan pantas 18W.

Bagi anda yang gemar bermain permua, cip pemprosesaan Helio G95 yang terbina pada telefon pintar ini akan membantu anda untuk mendapatkan pengalaman permainan yang lebih lancar. Dibantu pula dengan fungsi Game Booster Dar-Link 2.0, grafik anda akan menjadi lebih stabil dan kawalan anda pada skrin menjadi lebih sensitif. Fungsi ini dapat mengurangkan masalah lengah masa apabila bermain sekaligus meningkatkan lagi prestasi dan keseronokan permainan. Peranti ini juga akan lambat panas kerana ia hadir dengan Heat Pipe Thermal Module 2.0 yang mampu untuk menghasilkan pengaliran haba yang baik.

Saiz skrin juga memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan pengalaman tontonan atau permainan yang lebih luas dan memuaskan. Telefon pintar ini dibina dengan skrin bersaiz 6.78 inci FHD+ dengan kadar segar semula setinggi 90Hz bersama kadar sentuhan 180Hz. Skrinnya ini turut dikenali sebagai Super Fluid Display dan telah menerima pengiktirafan daripada TÜV Rheinland yang dikatakan lebih selesa untuk ditonton dalam tempoh masa yang lama terutama sekali pada waktu malam.

Selain itu, saiz storan yang ditawarkan adalah 128GB bersama memori 8GB yang turut boleh dikembangkan sehingga 3GB tambahan. Harga pasarannya di Malaysia adalah RM899, dimana untuk spesifikasi yang ditawarkan seperti keupayaan kamera, gaming dan kapasiti bateri yang besar, harga ini sangat berbaloi untuk dibeli.

Infinix INBook X1Pro : Laptop Untuk Kegunaan Harian Yang Baik

Telefon Infinix Zero X Neo ini juga sesuai dipadankan dengan laptop mereka, Infinix INBook X1Pro. Komputer riba ini sesuai untuk anda yang sering membawa komputer riba kemana-mana. Hal ini kerana ia hadir dengan ketebalan 16.3mm dan tidaklah terlalu berat iaitu seringan 1.48kg sahaja.

Dari segi rekaan, komputer riba ini hadir dengan rekaan yang fleksibel dimana ia boleh dibuka sehingga 180 darjah, skrin bersaiz 14 inci dengan paparan FHD bernisbah 16:9 dan beresolusi 1920x1080px. Pewarnaan skrinnya juga menyerlah dengan 100% sRGB warna Gamut.

Ia juga menyokong teknologi InSync Screen Projection yang membolehkannya untuk sambungkan skrin telefon pintar anda kepada komputer riba ini dengan mudah. Ini sekaligus membolehkan anda untuk menonton kandungan yang ada di dalam telefon kepada skrin yang lebih besar untuk kepuasan optimum.

Dari segi prestasi, komputer riba ini dijana dengan cip Intel®️ Core™️ i7-1065G7 10nm dengan sistem operasi Windows 10 Home. Ia urut dipadankan dengan kad grafik Intel Iris Plus. Saiz memorinya pula adalah sehingga 16GB bersama storan sehinggaa 512GB PCIe SSD 3.0 yang dikatakan 5 kali lebih pantas berbanding SATA.

INBook X1Pro ini hadir dengan 4 stereo yang mampu memberi kualiti audio yang lebih menyeluruh dan sedap didengar. Kamera web dengan resolusi 720p juga ada pada laptop ini, membolehkan anda untuk hadir sesi telesidang dengan lebih kondusif.

Privasi anda juga turut terjaga dengan butang fizikal untuk mengaktifkan atau nyah-aktifkan kamera web apabila perlu bersama butang pengimbas cap jari. Fungsi sekuriti sebegini akan memberi anda ketenangan minda kerana ia dapat mengurangkan risiko untuk diceroboh oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Laptop ini juga mempunyai sistem pengaliran haba yang baik kerana ia dibina dengan sistem penyejukan ICE STORM 1.0. Melaluinya, laptop anda kurang mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat apabila menjalankan aplikasi berat seperti bermain permua atau suntingan video yang berat. Prestasi penggunaan anda juga menjadi lebih baik dengan bantuan Wi-Fi 6.

Komputer riba ini juga mampu bertahan sehingga 13 jam penggunaan kerana ia didatangkan dengan kapasiti bateri sebesar 55Wh bersama sistem pengecasan 65W AC. Infinix’s Smart Management System turut membantu untuk mengurangkan penggunaan kuasa. Ini sekaligus membolehkan anda untuk menggunanya dalam satu tempoh masa yang lama. Menurut Infinix lagi, laptop ini boleh dicas sebanyak 70% dalam masa satu jam sahaja.

Jadi jika anda berminat, boleh mendapatkan Infinix INBook X1Pro ini pada harga RM2999 dengan 3 pilihan warna, iaitu Noble Red, Elves Green dan juga Starfall Grey. Jika RM2999 masih lagi diluar bajet, anda tidak perlu risau kerana Infinix juga telah membawa masuk model Infinix INBook X1 yang boleh didapati pada harga yang lebih rendah dengan penawaran variasi janaan cip Intel®️ Core™️ i3 dan juga i5.

Kesimpulan

Jadi, sekiranya anda sedang mencari kombinasi telefon pintar dan laptop yang baik, Infinix Zero X Neo dan Infinix INBook X1Pro adalah model yang patut anda letakkan dalam senarai pilihan. Kombinasi ini juga adalah antara yang baik untuk bajet bawah RM4000. Hal ini kerana telefon pintar Infinix Zero X Neo ini adalah telefon pintar yang memfokuskan kamera dan mempunyai spesifikasi kelas pertengahan dengan kapasiti bateri yang besar. Manakala Infinix INBook X1Pro pula adalah satu lagi laptop yang memfokuskan produtiviti harian yang baik dan sesuai dengan harganya.

Anda boleh dapatkan Infinix Zero X Neo pada harga RM899 dan laptop Infinix INBook X1Pro pula pada harga RM2999 melalui kedai rasmi Infinix AIOT di Shopee. Jika anda yang ingin mendapatkan peranti-peranti ini pada harga diskaun, Infinix juga akan menawarkan harga promosi sehingga RM200 bersama hadiah-hadiah percuma di acara Shopee PayDay Sale pada 25 Oktober yang akan datang.

Anda juga berpeluang untuk menerima pulangan tunai bermula RM10 sekiranya anda menilai dan membuat ulasan tentang produk mereka di Shopee. Selain Shopee, anda turut boleh membuat pembelian melalui kedai rasmi mereka di Lazada bermula 29 Oktober kelak. Oleh itu, masukkan tarikh-tarikh ini dalam kalendar peringatan anda dan layari kedai rasmi Infinix di Shopee untuk membeli Infinix Zero X Neo bersama Infinix INBook X1Pro pada harga promosi bermula 25 Oktober ini.

Penafian : Advertorial daripada Infinix Malaysia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd