MacBook Pro M1X Dijangka Hadir Dengan Panel Mini LED, Dilengkapi Webcam 1080p

Diterbitkan pada Okt 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple kini telah pun mengesahkan acara pada minggu hadapan, dimana mereka dijangka memperkenalkan komputer riba terbaru berasaskan cip Apple M1X. Selari dengannya juga, kini hadir beberapa desas-desus baru berkaitan dengan MacBook Pro M1X yang bakal diperkenalkan.

MacBook Pro baharu ini sedia dikatakan akan hadir dengan sokongan pengecasan MagSafe, selain tidak lagi menyertakan TouchBar.

Pada masa yang sama, mengikut desas-desus terbaru, Apple dijangka menyertakan webcam 1080p pada komputer riba mereka terbaru ini – sekaligus menawarkan kualiti panggilan video yang baik melaluinya.

Disamping itu, MacBook Pro baharu berasaskan M1X ini turut dijangka dilengkapi skrin Mini LED, sekaligus menawarkan kualiti paparan yang baik.

Apple akan menawarkan MacBook Pro baharu dalam piliha saiz 16-inci dan 14-inci. Mengikut desas-desus sama juga mengatakan model asas akan hadir dengan memori asas 16GB RAM dan juga storan 512GB.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan acara Apple minggu hadapan untuk melihat sendiri kejutan yang bakal dibawakan oleh Apple melalui komputer riba mereka ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami