NVIDIA Mematikan Sokongan Kemaskini Perisian Untuk Siri Kad Grafik GeForce GTX 700 Dan GTX 600

Diterbitkan pada Okt 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

NVIDIA baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan mengemaskini siri kad grafik Kepler mereka, yang secara lazimnya terdiri daripada siri kad grafik NVIDIA GeForce GTX 700, GTX 600 dan juga GTX 800M. Kad-kad grafik ini, yang dilancarkan pada April 2012 sudahpun memasuki fasa End of Life dimana ia tidak lagi akan dibangunkan dan tidak lagi akan dikemaskini.

NVIDIA mengatakan bahawa dari siri kad grafik GeForce GTX 700 ini, hanya GeForce GTX 750 Ti, GeForce GTX 750 dan GeForce GTX 745 yang akan terus menerima kemaskini rasmi, kerana kad-kad grafik ini menggunakan cip pemprosesan grafik Maxwell dan bukan Kepler.

Menurut NVIDIA, senarai penuh kad-kad grafik yang tidak lagi akan menerima kemaskini perisian rasmi adalah seperti berikut:

  • TITAN: GeForce GTX TITAN, GeForce GTX TITAN Black, GeForce GTX TITAN Z
  • GeForce 700: GeForce GTX 780 Ti, GeForce GTX 780, GeForce GTX 770, GeForce GTX 760, GeForce GTX 760 Ti (OEM), GeForce GT 740, GeForce GT 730, GeForce GT 720, GeForce GT 710
  • GeForce 600: GeForce GTX 690, GeForce GTX 680, GeForce GTX 670, GeForce GTX 660 Ti, GeForce GTX 660, GeForce GTX 650 Ti BOOST, GeForce GTX 650 Ti, GeForce GTX 650, GeForce GTX 645, GeForce GT 640, GeForce GT 635, GeForce GT 630

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami