Sejak Mac 2020 1337 Ventures telah mengadakan 8 program pemecut berbeza dan telah menampilkan pelbagai startup berpotensi tinggi. Popular dengan program pemecut Alpha Startups, program selama beberapa minggu ini akan mendedahkan startup kepada potensi dan juga asas pengoperasian startup itu sendiri supaya bergerak pantas dalam dunia teknologi.

Meneruskan tradisi ini, 10 startup telah tersenaraipendek dari sejumlah 74 startup yang menyertai program pemecut Alpha Startups yang telah berlangsung dan mereka adalah
- Artmeet
- Cabvisiontech
- Cikguu
- MyFitTech
- OpenTunes
- Qarbotech
- SnappEd
- Tumpang Malaysia
- Wasave
- YesHello
Kesemua startup ini akan membentangkan projek mereka dan dua projek terbaik akan menerima pelaburan bernilai RM 50,000 dari 1337 Ventures dan juga AmanzNXT.
Anda boleh menonton pembentangan 10 startup ini secara langsung pada 15 Oktober, 2-5 Petang malah anda juga dialu-alukan sekiranya ingin turut melabur dalam projek mereka.
- Info
- Daftar Untuk Menonton – Alpha Startup Demo Day