Cari @ Amanz

Adobe Acrobat ialah aplikasi yang perlu bagi insan dewasa kerana fail PDF kerap dikongsi sebagai dokumen rasmi untuk meminjam peranti dan perlu ditandatangan secara digital. Secara lazimnya aplikasi Adobe Acrobat dimuat turun pada peranti dan komputer. Bagi mereka yang mungkin tidak mahu memuat turun aplikasi, Adobe telah melancarkan pemalam Chrome rasmi untuk Acrobat.

Menerusi pemalam ini, dokumen PDF boleh diubah ke format lain seperti Word, Jpg, Excel, dan PowerPoint. Dokumen dalam format lain turut boleh diubah ke PDF menggunakan pemalam ini dan juga melakukan mampatan saiz kepada fail PDF sedia ada.

Selain itu pengguna juga boleh menggabung, memadam muka surat, membahagi, menandatangan dan mengunci PDF menggunakan pemalam yang sama. Dengan kata lain Adobe Acrobat kini boleh digunakan terus dari pelayar web Chrome. Untuk memuat turun pemalam ini sila ke pautan di bawah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd