Amazon Prime Video merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang sedia ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Walaupun telah ditawarkan lama, namun sebelum ini ia menggunakan harga berdasarkan mata wang US, iaitu sekitar $5.99.
Kini, perkara berkenaan telah berubah, dan Amazon Prime Video kini menawarkan perkhidmatan mereka berasaskan kepada mata wang tempatan.

Bagi anda yang berminat, boleh melanggan Prime Video ini pada harga RM25 sebulan, dan tidak lagi perlu risau berkenaan dengan perubahan mata wang antarabangsa.