Google Cloud Memperkenalkan Earth Engine Yang Akan Memberitahu Pelanggan Tentang Nilai Jejak Karbon Yang Dijana Langganan Mereka

Diterbitkan pada Okt 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Syarikat-syarikat teknologi yang menawarkan perkhidmatan awanan ataupun pusat data kini dilihat sangat mengambil berat tentang bagaimana perkhidmatan-perkhidmatan mereka memakan tenaga yang cukup banyak sekali, khususnya di kala dunia sekarang sedang berhadapan dengan isu persekitaran, khususnya carboon footprint, ataupun jejak karbon.

Secara ringkasnya, syarikat-syarikat ini, seperti Amazon, Google dan sebagainya akan mahu mengurangkan jumlah jejak karbon mereka sebanyak yang mungkin, dengan kesemua syarikat-syarikat ini mahu sekurang-kurangnya memperlihat pengeluaran jejak karbon neutral menjelang 2030.

Google Cloud baru-baru ini telah memperkenalkan ciri penjejakan jejak karbon Google Earth Engine untuk pelanggan mereka yang mana ia akan memperlihatkan pengeluaran jejak karbon dari mesin-mesin pelayan mereka, khususnya daripada akaun pelanggan, dan akan memberitahu pelanggan-pelanggan ini tentang jumlah kuasa yang digunakan.

Melalui sistem pengesanan baru ini, Google Cloud juga akan memberitahu para pelanggan mereka sekiranya mesin pelayan yang digunakan mereka sedang menggunakan tenaga berlebihan, dan akan memberi cadangan kepada pelanggan-pelanggan ini untuk mengoptimasi penggunaan kuasa mereka.

Google Earth Engine bukanlah sesuatu yang baru, tetapi Google Cloud kini dilihat menawarkan penggunaan Earth Engine in untuk para pelanggan mereka yang kisah tentang pengeluaran jejak karbon mereka untuk sedikit sebanyak membantu mengurangkan isu pemanasan global dan pencemaran dunia.

Sumber: Reuters

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami