Cari @ Amanz

Twitter sudah sedia mempunyai mod gelap terbina pada aplikasi mereka. Bermula dengan mod gelap dengan tema berwarna kelabu gelap yang dibenci ramai dan kemudian barulah mereka edarkan Lights out yang menggunakan warna hitam OLED.

Tetapi, aplikasi Twitter pada Android dan iOS tidak boleh menggunakan mod gelap ini secara automatik mengikut tetapan sistem peranti dan pengguna perlu tetapkan secara manual.

Terkini, Twitter mula mengedarkan kemaskini kepada aplikasi mereka dengan sokongan ini. Tekan sahaja ikon lampu mentol pada aplikasi Twitter dan pilih Use device settings. Pengguna turut masih boleh pilih tema kelabu Dim atau yang lebih gelap Lights out sebagai tema pilihan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd