Rekaan Dan Butiran Mengenai Peranti Realiti Maya Terbaru HTC Vive Flow Tertiris

Diterbitkan pada Okt 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

HTC akan melancarkan peranti realiti maya terbaru mereka, HTC Vive Flow dalam masa beberapa hari sahaja lagi, tetapi nampaknya maklumat rekaan dan butiran mengenai peranti tersebut sudahpun tertiris.

evleaks, peniris teknologi terkemuka baru-baru ini telah memperlihatkan olahan rasmi peranti tersebut, yang hadir dengan rekaan yang cukup unik sekali, dimana ia tidak hadir dengan strap di bahagian belakang, menggunakan rekaan yang menjadikan peranti ini kelihatan sebagai sepasang cermin mata dengan lensa gergasi di hadapan.

Vive Flow ini boleh dilihat sebagai peranti realiti maya yang akan menjadi pencabar kepada Oculus Quest 2, khususnya dengan kemampuannya untuk digerakkan dengan menggunakan hanya satu kabel untuk disambungkan kepada mana-mana peranti seperti komputer ataupun peranti pintar.

Butiran khusus mengenai peranti ini akan diumumkan oleh HTC di acara dalam masa beberapa hari sahaja lagi, tetapi buat masa ini, apa yang diketahui mengenai peranti ini, melalui tirisan yang hadir melalui evleaks ialah pra-tempahan HTC Vive Flow ini akan dibuka pada 15 Oktober ini, dan akan dipasarkan bermula bulan November kelak pada harga $499.

Setiap pra-tempahan ini juga akan hadir dengan tujuh kandungan realiti maya percuma, langganan dua bulan Infinity Vista dan juga beg penyimpanan peranti ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami