Disney+ Dijangka Melangkaui Netflix Dari Segi Angka Pelanggan, Menjelang 2025
Aman
Persaingan dalam arena penstriman video agak tinggi akhir-akhir ini, apatah lagi dengan pelbagai syarikat penerbitan menghasilkan perkhidmatan penstriman mereka tersendiri.
Terbaru, mengikut ramalan penganalisa Digital TV Research, mereka menyasarkan Disney+ untuk melangkaui Netflix dari segi angka pelanggan menjelang tahun 2025 kelak.

Mengikut data ramalan yang dikeluarkan, Disney+ dijangka mencapai 284.2 juta pelanggan pada 2026, berbanding sasaran untuk Netflix adalah sekitar 270.7 juta pelanggan.
Selain kedua-dua platform ini, platform penstriman yang dijangka menduduki tangga ketiga dengan angka pelanggan sekitar 243.4 juta pada tempoh yang lebih kurang sama adalah Amazon Prime Video.
Selain ketiga-tiga platform berkenaan, penganalisa sama turut menyasarkan iQiyi mempunyai sekitar 76.8 juta pelanggan menjelang 2026, sementara Apple TV+ dengan pelanggan sebanyak 35.6 juta.