Cari @ Amanz

Apple pada tahun ini telah memperkenalkan Apple Watch Series 7 dengan skrin sedikit besar, sekaligus membawa kepada pilihan saiz yang sedikit besar berbanding sebelum ini.

Untuk makluman, Apple Watch sedia hadir dalam pilihan 38mm, 40mm, 41mm, 42mm dan juga 45mm. Apa pun, setiap siri hanya ditawarkan dalam dua pilihan saiz sahaja sehingga kini.

Mengikut spekulasi awal, Apple dikatakan tidak mustahil memperkenalkan tiga pilihan saiz untuk jam tangan pintar akan datang mereka – sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna.

Selain itu, Apple Watch Series 8 juga dijangka menawarkan lebih pilihan sensor terbina dalam memastikan kesihatan pengguna dalam dipantau dengan efisien.

Buat masa ini, spekulasi berkenaan Apple Watch Series 8 masih terlalu awal, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd